AS tidak akan hantar penasihat tentera, tentera ke Ukraine - White House

Bernama
Jun 5, 2024 15:41 MYT
SULLIVAN: Seperti yang telah kami katakan beberapa kali secara rasmi, kami tidak merancang untuk menghantar penasihat tentera, tentera atau jurulatih AS untuk melatih rakyat Ukraine. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tidak akan menghantar tentera, penasihat tentera atau jurulatih ke Ukraine, kata Penasihat Keselamatan Kebangsaan White House Jake Sullivan kepada wartawan, lapor Sputnik.
"Seperti yang telah kami katakan beberapa kali secara rasmi, kami tidak merancang untuk menghantar penasihat tentera, tentera atau jurulatih AS untuk melatih rakyat Ukraine.
"Bagi pihak kami, kami tidak merancang untuk misi latihan di Ukraine," kata Sullivan di dalam pesawat Air Force One yang dalam perjalanan ke Perancis pada Selasa.
--- BERNAMA
#Jake Sullivan #White House #Ukraine #misi latihan
;