'Tidak akan ada Palestin selagi saya memimpin', kata angkuh MK Miki Zohar
Farhana Joni
Jun 13, 2020 16:07 MYT
Jun 13, 2020 16:07 MYT
Timbalan Yang Dipertua Knesset, MK Miki Zohar menegaskan tidak akan ada negeri Palestin selagi dia memimpin Puak Likud.
Memetik laporan Israel National News, dia yang juga seorang peguam telah mengeluarkan kenyataan itu ketika perselisihan mengenai kedaulatan beberapa bahagian Judea dan Samaria.
Dalam masa sama, ahli politik Israel itu menegaskan masyarakat Yahudi di Israel tidak perlu takut untuk mengakui tanah tersebut adalah milik mereka sendiri.
"Saya sangat menentang prinsip sebuah negara Palestin, saya tidak akan membiarkan mana-mana pemerintah atau Knesset menubuhkan negara itu.
"Selagi saya ketua gabungan, saya akan memastikan perkara-perkara sedemikian tidak berlaku malah tidak sama sekali berkompromi dengan prinsip tersebut," kata MK Miki Zohar.
Dia berkata demikian kepada penganalisis politik dari akhbar Hamevaser, Meir Berger mengenai kerjasama politik antara parti Biru dan Putih yang mendakwa akan berjaya.
Mengulas lanjut MK Miki Zohar memberitahu, walaupun terdapat beberapa isu dalam rancangan infrastruktur seperti jalan raya namun beliau percaya ia boleh ditangani.
"Ini bukan perkara yang tidak dapat diselesaikan kecuali menubuhkan negeri Palestin, itu sama sekali saya tidak akan bersetuju," katanya.