Tidak ada tebusan selepas 'serangan' trak di Perancis: kerajaan

AFP
Julai 15, 2016 10:09 MYT
Pegawai polis berbual dengan anggota tentera selepas sebuah trak melanggar sekumpulan orang yang sedang menonton pertunjukan bunga api di Nice pada 14 Julai, 2016. - Foto AFP
Kerajaan Perancis menafikan terdapat insiden orang tebusan selepas sebuah trak dipandu merempuh ke arah orang ramai yang sedang menonton pertunjukan bunga api di Nice, membunuh sekurang-kurangnya 77 orang pada Khamis.
"Tidak ada tebusan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pierre-Henry Brandet kepada AFP, menafikan puluhan khabar angin selepas kejadian itu.
"Seseorang memandu trak merempuh orang ramai. Dan dia telah dibunuh oleh polis," katanya.
"Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada individu itu bertindak sendirian atau jika dia mempunyai rakan yang mungkin telah melarikan diri," kata Brandet.
Pasukan penyiasat anti-keganasan telah mengambil alih siasatan itu, kata pihak pendakwa.
#Nice #serangan #tebusan #trak
;