Tiada upacara pengebumian negara untuk Putera Philip

Agensi
April 9, 2021 01:26 MYT
Putera Philip tidak akan diberikan upacara pengebumian negara atau diberi penghormatan awam oleh orang ramai menjelang pengebumian. - Twitter/@RoyalFamily
LONDON: Putera Philip tidak akan diberikan upacara pengebumian negara atau diberi penghormatan awam oleh orang ramai menjelang pengebumian Duke Edinburgh itu.
"Tidak ada upacara pengebumian negara dan penghormatan daripada khalayak. Jasad mendiang akan diletakkan di Istana Windsor menjelang pengebumian di Gereja St George.
"Ini sesuai dengan permintaan beliau,” kata pegawai istana pada Jumaat.
"Prosedur untuk pemakaman telah disemak semula susulan pandemik COVID-19 dan kami mohon agar orang ramai tidak menghadiri atau terlibat dalam mana-mana acara yang sedemikian."
BACA: United Kingdom umum tempoh berkabung lapan hari
BACA: Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip meninggal dunia
Mendiang yang juga suami kepada Ratu Elizabeth II meninggal dunia pagi Jumaat (waktu tempatan) di Istana Windsor, pada usia 99 tahun.
#Putera Philip #pandemik #COVID-19 #pengebumian #Keluarga DiRaja Britain #Pengebumian Negara
;