Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB

Bernama
Julai 16, 2024 10:26 MYT
Guterres berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan. -Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyifatkan situasi di Gaza sebagai amat berbahaya dengan menyatakan "tiada tempat yang selamat" di wilayah itu.
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
"Tiada tempat yang selamat. Di mana-mana adalah zon pembunuhan yang berpotensi," kata Guterres dalam catatannya di platform X.

The extreme level of fighting and devastation in Gaza is incomprehensible and inexcusable. Nowhere is safe. Everywhere is a potential killing zone. It is high time for the parties to show the political courage and political will to finally reach a deal.

— António Guterres (@antonioguterres) July 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berkata sudah tiba masanya bagi pihak-pihak yang terlibat untuk menunjukkan keberanian politik dan kemahuan politik untuk akhirnya mencapai kata sepakat.
-- BERNAMA
#Antonio Guterres #PBB #Gaza #Israel