Tiada tempat buat golongan transgender dalam tentera Amerika Syarikat - Trump

Agensi
Julai 27, 2017 00:49 MYT
Kenyataan Trump pantas mendapat kecaman daripada pejuang hak golongan itu dan sesetengah ahli politik daripada kedua-dua parti, Republikan dan Demokrat. -
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan kenyataan kontroversi pada Rabu apabila berkata golongan transgender (LGBT) akan dilarang untuk berkhidmat atau menjadi sebahagian angkatan tentera negara itu.
Kenyataan dibuat menerusi laman twitter peribadi beliau, sekaligus bercanggah dengan polisi presiden sebelumnya, Barack Obama yang membenarkan golongan itu untuk berkhidmat.
Kenyataan ini sekaligus menimbulkan ketidakpastian tentang nasib ribuan anggota tentera transgender yang sedang berkhidmat dalam sektor tersebut.

After consultation with my Generals and military experts, please be advised that the United States Government will not accept or allow......

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) July 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

....Transgender individuals to serve in any capacity in the U.S. Military. Our military must be focused on decisive and overwhelming.....

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) July 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

....victory and cannot be burdened with the tremendous medical costs and disruption that transgender in the military would entail. Thank you

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) July 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Selepas berbincang dengan jeneral dan pakar ketenteraan, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan A.S. tidak akan menerima atau membenarkan individu transgender untuk berkhidmat dalam apa bentuk kapasiti dalam tentera A.S. “
“Tentera kita seharusnya memberi tumpuan kepada kemenangan dan tidak dibebani dengan kos perubatan yang besar dan kemungkinan gangguan yang timbul dari golongan transgender dalam angkatan tentera kita,” kata beliau.
Kenyataan beliau pantas mendapat kecaman daripada pejuang hak golongan itu dan sesetengah ahli politik daripada kedua-dua parti, Republikan dan Demokrat.
Pengharaman golongan transgender itu bercanggah dengan polisi Obama yang berusaha menghentikan diskiriminasi bertahun lamanya selain untuk menghapuskan halangan dalam sektor ketenteraan yang berasaskan orientasi seksual dan identiti jantina.
VIDEO: Trump tarik balik arahan penggunaan tandas Transgender
#Amerika Syarikat #Donald Trump #kerajaan #LGBT #politik #tentera #transgender