'Tiada siapa harus dipaksa ambil vaksin COVID-19' - Kenyataan Presiden Brazil cetus kontroversi

Astro Awani
September 4, 2020 07:05 MYT
Presiden Brazil Jair Bolsonaro mencetuskan perdebatan apabila membuat kenyataan bahawa rakyat boleh memilih untuk mengambil vaksin COVID-19 atau tidak. -Gambar fail
Presiden Brazil Jair Bolsonaro mencetuskan perdebatan apabila membuat kenyataan bahawa rakyat boleh memilih untuk mengambil vaksin COVID-19 atau tidak.
Beliau membuat kenyataan itu di akaun YouTube rasmi dan berkata tiada siapa harus dipaksa untuk mengambil vaksin COVID-19.
Kenyataan Bolsonaro itu dilihat tidak wajar ketika ini kerana kementerian kesihatan berusaha meningkatkan mengenai kepentingan vaksinasi dalam kalangan rakyat Brazil.
Pengkritik merasakan bahawa kenyataan seperti itu akan menghalang orang daripada mengambil vaksin secara amnya.
Pakar penyakit berjangkit dari sebuah pusat rawatan utama COVID-19 di Sao Paulo berkata kepentingan vaksin adalah dalam mengurangkan penularan virus, dan tidak seharusnya ada kontroversi mengenai penggunaannya.
Brazil ketika ini mencatatkan 4 juta kes positif COVID-19 dan lebih 124,000 kematian.
#Jair Bolsonaro #kes positif #koronavirus #Presiden Brazil
;