Tiada rancangan untuk tarik sekatan ke atas China - Joe Biden
Bernama
Mei 22, 2023 20:31 MYT
Mei 22, 2023 20:31 MYT
WASHINGTON: Presiden AS Joe Biden pada Isnin berkata, beliau tidak akan menarik balik sebarang sekatan yang dikenakan ke atas China di tengah-tengah rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Presiden Xi Jinping, lapor Sputnik.
"Tidak, saya tidak akan melonggarkan sekatan," kata Biden ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan melonggarkan beberapa sekatan ke atas China untuk memperbaiki hubungan dengan Beijing, termasuk sekatan ke atas Menteri Pertahanan China.
Biden pada Khamis berkata, beliau akan bertemu dengan Xi tanpa mengira sama ada pertemuan itu diadakan tidak lama lagi atau sebaliknya.
Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata kementerian itu tidak mempunyai maklumat mengenai kemungkinan komunikasi antara Xi dan Biden, di sebalik kenyataan dibuat oleh kedua-duanya.
Minggu lalu, Biden berkata persediaan untuk perbualan antara beliau dan Xi sedang diatur selain menyatakan harapan bahawa perbincangan itu akan membuahkan hasil.
-- BERNAMA