Tiada rakyat M'sia cedera dalam serangan Westminster - Wisma Putra
Bernama
Mac 22, 2017 01:21 MYT
Mac 22, 2017 01:21 MYT
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam insiden serangan di luar bangunan Parlimen Britain yang mengakibatkan kira-kira 10 cedera termasuk anggota polis.
Jurucakap Wisma Putra memberitahu Bernama pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan memaklumkan segala perkembangan terkini jika ada.
Media asing melaporkan, seorang anggota polis ditikam, penyerang ditembak dan beberapa orang awam cedera dalam insiden yang dilabel sebagai serangan pengganas.
LAPOR LANGSUNG DI SINI
Perdana Menteri Britain Theresa May yang sedang bersidang di bangunan Parlimen tersebut, dilaporkan selamat. - BERNAMA