Tiada perjanjian gencatan senjata jika tuntutan rakyat Palestin tidak dipatuhi - Hamas

Astro Awani
September 14, 2024 07:15 MYT
Tuntutan itu termasuk menghentikan perang sepenuhnya dan pengunduran tentera rejim Israel dari Semenanjung Gaza. - Foto fail/REUTERS
HAMAS bersama beberapa gerakan kumpulan Palestin lain menegaskan perjanjian gencatan senjata yang sedang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS) tidak akan berjaya jika tuntutan rakyatnya tidak dipenuhi.
Tuntutan itu termasuk menghentikan perang sepenuhnya dan pengunduran tentera rejim Israel dari Semenanjung Gaza.
Menurut Agensi Berita Palestin, Hamas, Barisan Pembebasan Arab dan Barisan Pembebasan Palestin dalam kenyataan bersama menegaskan negara Palestin yang akan menentukan masa depan perang di Gaza.
Kumpulan-kumpulan ini menekankan mereka mengadakan pertemuan tiga pihak yang penting di Gaza ketika perang masih sengit, untuk mencapai persetujuan itu.
Sementara itu, Abdul Rahman Shaft, salah seorang pemimpin gerakan penentangan Islam Palestin Hamas, menafikan sebarang kesinambungan kehadiran Zionis di Salah Al-Din Axis, merujuk kepada sebidang tanah di sepanjang sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza.
#gencatan senjata #Hamas #Israel #Gaza
;