Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi

Astro Awani
Februari 5, 2025 10:40 MYT
Arab Saudi sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan negara itu bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka. - Gambar hiasan X @ Globe Eye News
RIYADH: Arab Saudi sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan negara itu bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Kementerian Luar Saudi dalam satu kenyataan menegaskan, pendirian tersebut teguh dan tidak akan berubah.

#Statement | The Foreign Ministry affirms that Saudi Arabias position on the establishment of a Palestinian state is firm and unwavering. HRH Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Crown Prince and Prime Minister clearly and unequivocally reaffirmed this stance. pic.twitter.com/0uuoq8h12I

— Foreign Ministry (@KSAmofaEN) February 5, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyuarakan keyakinan tentang kemungkinan perjanjian damai dengan Riyadh semasa sidang media bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, di White House, Washington, pada Selasa.
"Saya fikir perdamaian antara Israel dan Arab Saudi bukan sahaja mungkin, tetapi ia akan berlaku," kata Netanyahu sambil menegaskan beliau dan sekutunya, Trump komited untuk mencapai hasrat itu.
Dalam sidang media itu juga, Trump mendedahkan, beliau telah berbincang dengan pemimpin-pemimpin Asia Barat mengenai cadangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mendakwa idea itu mendapat sokongan.
Namun, hanya sehari sebelum itu, lima Menteri Luar negara Arab serta seorang pegawai kanan Palestin telah menghantar surat bersama kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, menolak sebarang rancangan pemindahan penduduk Palestin dari Gaza.
Surat tersebut ditandatangani oleh Menteri Luar Jordan, Mesir, Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta penasihat Presiden Palestin, Hussein al-Sheikh.
Surat itu menyusul usai mesyuarat diplomatik tertinggi di Kaherah hujung minggu lalu yang menegaskan penentangan kuat rantau tersebut terhadap sebarang pemindahan paksa penduduk Palestin.
#Arab Saudi #Palestin #normalisasi hubungan #Israel
;