Tiada lagi program perlindungan pendatang - Trump
Reuters
April 2, 2018 07:19 MYT
April 2, 2018 07:19 MYT
Presiden Donald Trump, tidak pernah peduli.
Kebencian Trump terhadap golongan pendatang ke Amerika Syarikat, tiada tanda akan reda.
Terbaharu, Trump isytihar program 'DACA', kini mati.
'DACA' atau 'Deferred Action for Childhood Arrivals', adalah polisi imigresen yang diperkenalkan presiden terdahulu, Barack Obama.
Ia melindungi pendatang yang memasuki Amerika sebagai kanak-kanak secara haram, untuk kekal berada di negara itu tanpa perlu dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh dua tahun.
"DACA kini mati, kerana Demokrat tidak bertindak atau mengambil peduli," kata Trump menerusi satu kemas kini di akaun Twitter rasminya.
Trump, yang melaksanakan pendekatan tegas ke atas pendatang, umum pada September lalu untuk tamatkan program DACA dan memberikan tempoh sehingga 6 Mac kepada Kongres untuk menggantikan polisi berkenaan.
Tarikh akhir itu bagaimanapun gagal dipenuhi Kongres, dan mahkamah pula memutuskan polisi itu masih boleh dilaksanakan buat masa ini.
Sementara itu, pegawai kanan memaklumkan rang undang-undang bagi menggantikan DACA kini dirangka, bagi mempercepat penghantaran pulang pendatang yang berada di negara itu secara haram.
Tiada jangka masa diberikan berhubung tempoh ia akan dikemuka ke kongres.
Selain polisi DACA yang jadi kemarahan Trump, presiden turut mendesak supaya kongres menyegerakan kelulusan undang-undang untuk melindungi sempadan negara itu dengan Mexico.
Trump dalam kempen ke White House pada 2016 berikrar membina tembok penghalang dengan Mexico bagi mengelak kemasukan pendatang, dan mahu negara itu membayar kosnya.
Desakan itu bagaimanapun tidak dilayan Mexico enggan sehingga kini.