Tiada lagi masalah kurang zat dan wabak campak di Papua

Agensi
Februari 7, 2018 15:11 MYT
Berdasarkan laporan AFP, tiada kes baru dikenalpasti di wilayah terpencil itu berikutan penempatan pasukan tentera dan perubatan di perkampungan itu pada bulan lepas. Foto - REUTERS
Indonesia mengisytiharkan wabak campak dan masalah kekurangan zat yang melanda di Wilayah Papua telah berakhir.
Menurut pegawai tempatan, kira-kira 72 kanak-kanak dan ratusan orang awam yang maut akibat menghidap wabak 'luar biasa' itu di daerah Asmat antara September 2017 sehingga 4 Februari.
“Akhirnya masalah wabak luar biasa sudah berakhir," kata Ketua Daerah Asmat, Elisa Kambu pada Isnin.
Presiden Indonesia, Joko Widodo menghantar pasukan tentera dan perubatan bagi kempen imunisasi dan merawat pesakit wabak di daerah itu.
Berdasarkan laporan AFP, tiada kes baharu dikenal pasti di wilayah terpencil itu berikutan penempatan pasukan tentera dan perubatan di perkampungan itu bulan lepas.
Sejak beberapa dekad, Asmat menjadi tempat pemberontakan terhadap kerajaan Indonesia dan masih merupakan kawasan paling miskin di kepulauan Asia Tenggara.
#Asia #Indonesia #Joko Widodo #Kanak-kanak #kerajaan #maut #perubatan #presiden #tentera
;