Tiada lagi Darwin's Arch

Agensi
Mei 23, 2021 03:24 MYT
Gambar struktur itu, yang kini hanya terdiri dari dua 'tiang', tular di media sosial sejak awal minggu ini. - Foto Twitter/@jewelshepard
SALAH satu formasi batuan semula jadi paling terkenal di Kepulauan Galapagos telah runtuh.
Bahagian atas Darwin's Arch, yang terletak di bahagian utara kepulauan Pasifik, runtuh "akibat hakisan semula jadi," menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar Equador.
Gambar struktur itu, yang kini hanya terdiri daripada dua 'tiang', tular di media sosial sejak awal minggu ini sebelum pihak kementerian tampil mengesahkan berita itu.
"Darwin's Arch, 'jambatan' semula itu jadi terletak kurang satu kilometer dari Pulau Darwin, dilaporkan telah runtuh," menurut kenyataan yang dimuat naik ke media sosial rasmi mereka.
Darwin's Arch terhasil daripada batuan semulajadi yang suatu ketika dahulu hampir menjadi sebahagian Pulau Darwin, yang tidak dibuka untuk kunjungan melalui jalan darat.
Dinamakan sempena ahli biologi Inggeris, Charles Darwin, gerbang itu dianggap salah satu tempat menyelam terbaik di kepulauan Lautan Pasifik dan terletak berhampiran pantai Equador.
Tapak Warisan Dunia UNESCO itu terkenal dengan banyak spesies haiwan dan tumbuhan endemik, yang diinspirasikan oleh teori evolusi Darwin.
#Darwin's Arch #Unesco #gerbang #Kepulauan Galapagos #equador #Pulau Darwin