Tiada individu cedera dalam serangan ke atas konvoi China di Pakistan

Bernama
Ogos 14, 2023 05:45 MYT
Satu konvoi warga China dari projek di Pelabuhan Gwadar, Pakistan diserang ketika dalam perjalanan pulang ke kawasan pelabuhan dari Lapangan Terbang Gwadar. - Foto REUTERS
ISLAMABAD: Satu konvoi warga China dari projek di Pelabuhan Gwadar di barat daya Pakistan diserang oleh bom di bahu jalan dan tembakan ketika dalam perjalanan pulang ke kawasan pelabuhan dari Lapangan Terbang Gwadar, kata Konsulat Jeneral China di Karachi dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.
Kesemua warga China kekal selamat dan tidak cedera dalam serangan itu, menurut kenyataan tersebut.
Konsulat Jeneral mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas itu dan meminta Pakistan untuk membawa pelaku ke muka pengadilan dan mengambil langkah konkrit dan berkesan untuk memastikan keselamatan warga China, organisasi dan projek, tambahnya.
"Konsulat Jeneral telah segera mengaktifkan pelan kecemasan, mengingatkan warga China tempatan, syarikat dan projek meningkatkan langkah-langkah keselamatan, mengelakkan risiko keselamatan, memberi perhatian kepada situasi keselamatan dan memastikan keselamatan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Pelabuhan Gwadar Pakistan #serangan bom #tembakan #konvoi warga China
;