'Thinking of you all today' - Ariana Grande terkenang mangsa letupan Manchester
Isabelle Leong
Mei 22, 2018 20:27 MYT
Mei 22, 2018 20:27 MYT
Setahun telah berlalu sejak 22 orang terbunuh dan 800 cedera dalam satu letupan selepas berakhirnya konsert bintang pop Amerika Syarikat, Ariana Grande di Manchester Arena.
Ternyata insiden tersebut meninggalkan kesan yang mendalam ke atas jiwa Ariana.
Penyanyi ‘No Tears Left To Cry’ tersebut memuat naik tweet di laman Twitter rasminya berhubung kejadian letupan yang masih segar di ingatan beliau itu.
“Mengenangkan kalian pada hari ini dan setiap hari.
“Saya mencintai kalian dengan seluruh jiwa saya dan mengirimkan sinar dan kehangatan yang dapat saya berikan pada hari yang mencabar ini,” kata beliau menerusi @ArianaGrande di Twitter.
Ariana juga turut menambahkan emoji lebah yang melambangkan Manchester.
Terdahulu, Ariana telah mengadakan satu konsert istimewa di Manchester sebagai tanda memperingati mangsa-mangsa yang terkorban.
Setahun yang lepas, 22 Mei 2017, seorang pengebom berani mati, Salman Abedi, telah melakukan serangan nekad di Manchester Arena sejurus selepas Ariana selesai konsertnya, mengorbankan 22 nyawa.
Mangsa yang paling muda terbunuh berusia lapan tahun.
#Amerika Syarikat
#Ariana Grande
#konsert
#letupan
#MAnchester
#Manchester Arena
#mangsa
#mati
#No Tears Left To Cry
#serangan
#Twitter