Theresa May bakal letak jawatan?
Astro Awani
Mei 24, 2019 16:21 MYT
Mei 24, 2019 16:21 MYT
Perdana Menteri Britain, Theresa May dijangka mengumumkan tarikh peletakan jawatannya lewat pagi Jumaat waktu tempatan.
Ia sekali gus mencetuskan teka-teki siapakah individu yang bakal mengambil alih kuasa penentu rundingan Brexit yang lebih tegas.
Selepas mengharungi krisis kepimpinan selama hampir tiga tahun, May dijangka bertemu pengerusi Jawatankuasa Konservatif 1922 yang menjadi penentu bilakah dia akan meninggalkan 10 Downing Street.
Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa May akan melepaskan jawatannya berikutan tekanan daripada ahli Parlimen partinya sendiri.
Bagaimanapun, May akan kekal sebagai perdana menteri sementara sehingga penggantinya dipilih dalam proses dua tahap.
Ia apabila nasib dua calon akhir perdana menteri akan ditentukan menerusi undian daripada 125,000 anggota Parti Konservatif.
May berdepan desakan untuk melepaskan jawatannya selepas salah seorang menteri kanannya mengumumkan keluar daripada Kabinet.
Ketua Pemimpin Dewan Rakyat, Andrea Leadsom meletak jawatan pada Rabu lalu.