BANGKOK: Thailand mengeluarkan senarai 93 negara yang dikecualikan visa, dalam usahanya untuk merancakkan lagi sektor pelancongan.

Pengumuman itu membolehkan pelancong dari negara terlibat memasuki Thailand tanpa visa, atau memohon visa semasa ketibaan, dan boleh tinggal sehingga maksimum 60 hari di negara itu.

Pengecualian visa ini dipersetujui kabinet Thailand pada Selasa, dalam usaha meningkatkan pendapatan daripada sektor pelancongan negara itu.

Senarai itu merangkumi 57 negara yang mana warganegaranya sebelum ini dibenarkan berada di Thailand selama 30 hari tanpa visa, 13 negara yang sebelum ini dikecualikan visa dan tambahan enam negara yang warganegaranya dibenarkan berada di Thailand tanpa visa selama 60 hari.

Negara-negara tersebut antaranya Malaysia, Kanada, Republik Czech, Denmark dan Finland.

Senarai penuh negara-negara yang dikecualikan visa selama 60 hari adalah seperti berikut;

1. Kanada
2. Republik Czech
3. Denmark
4. Estonia
5. Finland
6. Perancis
7. Jerman
8. Greece
9. Hungary
10. Iceland
11. Indonesia
12. Ireland
13. Israel
14. Italy
15. Jepan
16. Kuwait
17. Latvia
18. Lichtenstein
19. Lithuania
20. Luxembourg
21. Malaysia
22. Maldives
23. Mauritius
24. Monaco
25. The Netherlands
26. New Zealand
27. Norway
28. Oman
29. Filipina
30. Poland
31. Portugal
32. Qatar
33. San Marino
34. Singapore
35. Slovakia
36. Slovenia
37. Spain
38. Afrika Selatan
39. Korea Selatan
40. Sweden
41. Switzerland
42. Turkey
43. Ukraine
44. United Arab Emirates
45. United Kingdom
46. Amerika Syarikat
47. Peru
48. Hong Kong
49. Vietnam
50. Arab Saudi
51. Andorra
52. Australia
53. Austria
54. Belgium
55. Bahrain
56. Brazil
57. Brunei
58. India
59. Kazakhstan
60. Malta
61. Mexico
62. Papua New Guinea
63. Romania
64. Uzbekistan
65. Taiwan
66. Bhutan
67. Bulgaria
68. Cyprus
69. Fiji
70. Georgia
71. China
72. Laos
73. Macau
74. Mongolia
75. Laos
76. Kemboja
77. Guatemala
78. Jamaica
79. Jordan
80. Kosovo
81. Maghribi
82. Panama
83. Sri Lanka
84. Trinidad & Tobago
85. Tonga
86. Uruguay
87. Albania
88. Colombia
89. Croatia
90. Cuba
91. Dominica
92. Republik Dominica
93. Ecuador