Thailand umum 7 kes baharu jangkitan koronavirus
Asyraf Roslan
Februari 8, 2020 15:54 MYT
Februari 8, 2020 15:54 MYT
Menteri Kesihatan Umum Thailand mengesahkan tujuh lagi kes berhubung wabak koronavirus yang berlaku di negara itu.
Penambahan tersebut menyaksikan tiga warga tempatan dan empat orang warga China.
Ini menjadikan Thailand antara negara yang mempunyai jumlah mangsa tertinggi iaitu 32 kes di luar China selepas Jepun 86 kes dan Singapura 33 kes.
"Kesemua tujuh kes baharu itu kini berada di hospital," kata Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Suwannachai Wattanayingcharoenchai.
Pada masa sama, Dr Suwannachai memaklumkan salah satu kes yang berlaku di Thaialnd merupakan sebahagian daripada 138 anggota yang dipindahkan dari pusat koronavirus Wuhan, China.
32 kes yang di laporkan dari Thailand setakat ini ialah 23 orang warga China manakala sembilan warga tempatan.
Setakat ini seorang pesakit sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah manakala 22 mangsa masih lagi di rawat di hospital.