Thailand terima jemputan jadi negara rakan BRICS

Bernama
Disember 26, 2024 05:50 MYT
Nikorndej berkata penyertaan Thailand sebagai negara rakan BRICS merupakan langkah penting ke arah keahlian pada masa hadapan.
BANGKOK: Thailand telah memaklumkan kepada Rusia, selaku pengerusi semasa kumpulan BRICS mengenai penerimaannya untuk menjadi negara rakan BRICS, kata Jurucakap Kementerian Luar Nikorndej Balankura pada Khamis, lapor Xinhua.
Dalam satu sidang media, Nikorndej berkata sebagai negara rakan BRICS, Thailand berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dengan ahli BRICS untuk meningkatkan peluang ekonomi serta menonjolkan peranannya dalam memupuk kerjasama antara negara membangun dan menyokong sistem pelbagai hala yang memberi manfaat kepada lebih banyak negara berkenaan.
Beliau berkata penyertaan Thailand sebagai negara rakan BRICS merupakan langkah penting ke arah keahlian pada masa hadapan.
-- BERNAMA
#Thailand #BRICS #Kementerian Luar Thailand #Rusia
;