Thailand teliti semula syarat kemasukan pelancong asing dalam negara
Agensi
Julai 14, 2020 05:57 MYT
Julai 14, 2020 05:57 MYT
PIHAK berkuasa Thailand meneliti semula syarat kemasukan pelancong asing ke republik itu selepas terdapat dua kes jangkitan baharu yang dibimbangi memberi kesan kepada penduduk tempatan.
Kerajaan Thai pada Selasa memaklumkan, para diplomat akan diminta melalui proses kuarantin 14 hari yang dikawal selia, bukannya mengasingkan diri sendiri seperti sebelum ini.
Thailand juga menangguhkan kemasukan tiga kategori pelawat asing yang dibenarkan baru-baru ini supaya prosedur tersebut dapat diubah.
Ia melibatkan tetamu VIP kerajaan, diplomat atau wakil organisasi antarabangsa dan peniaga serta pelabur dengan misi yang diluluskan.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam Satit Pitutecha yang meminta kerjasama semua pihak, berkata:
"Kita mahu selesaikan perkara ini secepat mungkin supaya ekonomi Rayong boleh maju ke depan.
"Saya percaya, jika kita saling membantu dan memahami satu sama lain, kita boleh terus bergerak ke depan bagi melaksanakan kemampuan bandar raya kita."
Kes terbaharu melibatkan seorang anggota tentera Mesir yang pesawatnya membuat dua persinggahan di wilayah Rayong minggu lalu.
Satu lagi kes melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, anak kepada seorang diplomat asing, yang keluarganya pulang dari Sudan.
Pihak berkuasa Thailand membatalkan kebenaran mendarat untuk lapan penerbangan Mesir kerana mendakwa kurang kerjasama dari pasukan tentera yang melawat minggu lalu.
Beberapa sekolah dan pusat beli belah di Rayong turut ditutup, begitu juga sebahagian hotel di mana warga Mesir itu tinggal.
#anak
#COVID-19
#diplomat
#ekonomi
#hotel
#Kanak-kanak
#kerajaan
#koronavirus
#kuarantin
#Mesir
#pelancong
#penerbangan
#pengasingan diri
#peniaga
#Rayong
#sekolah
#tentera
#Thailand