Thailand tarik balik undang-undang tentera

Bernama
April 1, 2015 00:11 MYT
Thailand malam ini mengumumkan penarikan balik undang-undang tentera yang dilaksanakan sejak Mei tahun lalu. - Gambar Fail
Thailand malam ini mengumumkan penarikan balik undang-undang tentera yang dilaksanakan sejak Mei tahun lalu.
Perkara ini diumumkan menerusi saluran televisyen tempatan dan turut disiarkan dalam laman web Royal Gazette.
Raja Bhumibol Adulyadej memperkenan penarikan balik undang-undang itu yang dikenakan selepas rampasan kuasa tentera pada 22 Mei.
Undang-undang itu digantikan dengan peruntukan Artikel 44 Piagam Sementara yang memberi kuasa kepada Majlis Keselamatan Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) untuk mengeluar sebarang perintah atau arahan tanpa mengambil kira sama ada ia boleh mendatangkan kesan kepada perundangan, eksekutif dan kehakiman atau tidak.
NCPO kini diketuai Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-Ocha.
#Prayuth Chan-ocha #Raja Bhumibol Adulyadej #Thailand
;