THAILAND memulakan tahun baharu 2020 dengan pengharaman penggunaan plastik sekali guna.
Ia selaras dengan usaha meneruskan kempen kerajaan ke arah larangan penuh menjelang tahun 2021.
Reuters melaporkan larangan sepenuhnya itu nanti bertujuan mengurangkan sisa buangan dan sampah negara itu daripada berakhir di laut.
Kesedaran awam tentang risiko plastik terhadap haiwan dan alam sekitar diketengahkan sejak tahun lalu, lebih-lebih lagi apabila selepas insiden haiwan seperti rusa dan anak dugong yang ditemui mati dengan perut berisi pelbagai bahan plastik.
"Thailand berada dalam kedudukan keenam dalam senarai negara-negara dunia yang menghasilkan sampah di laut.
"Dalam tempoh lima tahun, kita sudah memperbaiki kedudukan dan kini di tempat ke-10.... terima kasih atas kerjasama semua rakyat Thailand," ujar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Varawut Silpa-Archa.
Kementerian itu merekodkan negara Thailand berjaya mengurangkan penggunaan sehingga 2 bilion beg plastik, atau kira-kira 5,765 tan pada tahun lalu.
Itu adalah pencapaian fasa pertama dalam menggalakkan konsumer menolak penggunaan beg plastik di kebanyakan premis secara sukarela.
"Pada mulanya, saya tidak terbiasa dengan amalan ini, kerana saya datang tanpa membawa apa-apa dan lupa mengenainya.
"Jika saya ingat, saya akan membawanya (beg guna semula)," ujar seorang pengguna, Supanee Burut-thong.
Varawut berkata, aspek paling mencabar adalah untuk melupuskan 40 peratus terakhir beg plastik yang kini masih ada di pasar segar dan di kawasan luar bandar.
"Tidak mudah untuk mengubah cara pemikiran dan sikap orang ramai," ujar Varawut.
Agensi
Fri Jan 03 2020
![Thailand sambut tahun baharu dengan pengharaman plastik sekali guna Thailand sambut tahun baharu dengan pengharaman plastik sekali guna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51577982764_plastikbanthailan.jpg)
Kesedaran tentang risiko pencemaran plastik kepada alam sekitar dan haiwan semakin giat diperjuangkan di Thailand. - Reuters
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.
![Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737459192_TBNikNazmi.jpg)
Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi
Keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam berkaitan iklim dan kemampanan alam sekitar.
![Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736595415_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.
![Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736432117_ChangLihKang.jpg)
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.
![Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735562573_TBJOHARITUN.jpg)
Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.
![190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017 190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734268215_RajaSharuddinRashi.jpg)
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
![Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678119207_TBisirung.jpg)
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
![Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616556245_TomYamKung.jpg)
Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.
![Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732268027_plastikjepun.jpg)
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.