NARATHIWAT: Thailand mempertingkatkan kawalan di sempadan Thailand-Malaysia untuk mencegah kemasukan warga Thai yang cuba menyelinap masuk ke negara asal mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.
Komander Divisyen ke-15 Infantri (commander of the 15th Infantry Division) Mej. Jen Paisal Noosang berkata pasukan keselamatan akan mempergiatkan rondaan di laluan-laluan tikus dan lokasi panas bagi menyekat warga Thai yang cuba menyeberangi sempadan secara tidak sah.
"Warga Thai yang bekerja di Malaysia dijangka pulang untuk menyambut Hari Raya dengan menggunakan laluan tikus untuk memasuki Thailand.
"Pasukan keselamatan akan memperketatkan rondaan di sempadan Thailand-Malaysia untuk mengekang kemasukan warga Thai dan asing secara haram serta mengelakkan diri daripada kuarantin mandatori," katanya.
Dalam usaha membendung penularan gelombang ketiga COVID-19, Thailand mewajibkan semua yang memasuki negara ini menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.
Lebih 100,000 warga Thai yang berada di Malaysia dilaporkan telah pulang ke Thailand sejak penularan pandemik COVID-19 dan kira-kira 40,000 hingga 50,000 lagi warga Thai masih berada Malaysia.
Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa tempatan menahan hampir 16,000 individu cuba menyelinap masuk Thailand dari Malaysia, Kemboja, Laos, dan Myanmar dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Pada Ahad, polis menahan 10 warga Myanmar yang dipercayai merupakan pekerja asing tanpa izin yang menaiki dua buah teksi cuba menyelinap masuk Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021
Pasukan keselamatan Thailand kelihatan meningkatkan kawalan di sempadan Thailand-Malaysia. - Foto BERNAMA
Tiada perincian, kerangka jelas - Radzi Jidin
Kerajaan perlu memberi perincian khusus mengenai butiran dalam Belanjawan 2025 kerana tiada kerangka jelas mengenai pelaksaan inisiatif yang diumumkan pada Jumaat itu.
Belanjawan yang angkat martabat dan junjung hak rakyat
Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.
Belanjawan sentuh semua rakyat, rapat jurang Sabah dan Sarawak
Timbalan Perdana Menteri I itu berkata, belanjawan kali ini juga tidak meminggirkan masyarakat desa malah merapatkan jurang antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Platform menyeluruh bagi negara hadapi cabaran tahun depan
Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup dengan menaikkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Kanak-kanak Gaza terperangkap dalam kitaran kesakitan - UNICEF
Hari demi hari kita melihat kesan ngeri serangan udara harian dan operasi ketenteraan ke atas kanak-kanak Palestin.
Tumpuan Sabtu – 19 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ConsiderThis: Budget 2025 (Part 2) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Pasukan pengaman disasarkan secara sengaja di selatan Lubnan - Jurucakap UNIFIL
"Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya."
Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.
Kod QR sempadan Malaysia-Singapura capai objektif kurangkan tempoh waktu menunggu
Waktu menunggu bagi pemeriksaan 30 penumpang bas pada waktu puncak didapati telah dipendekkan kepada 15 minit berbanding 120 minit di BSI dan 90 minit di KSAB.
KPDN kerjasama dengan pihak berkuasa banteras penyeludupan diesel di sempadan
KPDN akan menguatkan pemantauan di kawasan sempadan untuk mengelakkan berlakunya ketirisian diesel selepas penyasaran subsidi dilaksanakan bermula 10 Jun lepas.
Biden akan tandatangani Perintah Presiden untuk hadkan kemasukan menerusi sempadan Mexico - Laporan
Biden dijangka membentangkan pelan itu pada Selasa dan menandatangani satu Perintah Presiden berkaitan.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Polis Kedah tingkatkan kawalan laut, darat di sempadan
Polis tidak menolak kemungkinan penyeludup akan mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan jenayah itu semasa musim perayaan.
KPDN perkemas mekanisme tangani isu ketirisan barang kawalan di sempadan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata mekanisme yang dijalankan secara pengurusan mikro itu akan dilaksanakan secara berperingkat.
RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi
Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi.
Anwar, Srettha adakan perbincangan dua hala mengenai pembangunan sempadan pada Isnin
Pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada mempercepatkan pembinaan projek utama kesalinghubungan di sempadan.
Lubnan-Israel semakin panas, cetus perang lebih luas
Perang mulut mencetuskan kebimbangan konflik yang semakin meluas antara Israel dan kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hezbollah.