Thailand: Parti Move Forward sokong calon Perdana Menteri Pheu Thai
Agensi
Julai 21, 2023 17:18 MYT
Julai 21, 2023 17:18 MYT
BANGKOK: Parti Move Forward (MFP) yang membuat pengunduran politik bersetuju menyokong calon daripada Pheu Thai sebagai Perdana Menteri.
Setiausaha agung MFP Chaithawat Tulathon memaklumkan keputusan itu disahkan apabila Parlimen bermesyuarat bersama sekali lagi pada Khamis depan.
Beliau berkata Pheu Thai masih belum memutuskan secara rasmi siapa yang akan dicalonkannya untuk jawatan eksekutif tertinggi Thailand.
Ketika ini, hartawan terkenal, Srettha Thavisin kini dilihat sebagai pilihan calon sesuai mewakili Pheu Thai.
Bercakap dalam satu sidang media, Chaithawat memaklumkan MFP masih berpegang kepada perjanjian persefahaman (MOU) yang ditandatangani dengan tujuh parti lain dalam membentuk gabungan pascapilihan raya.
Ketika ditanya sama ada MFP tetap dengan pendirian dalam isu undang-undang lèse majesté, Chaithawat berkata pihaknya akan menghormati segala ikrar pilihan raya yang telah dibuat.
MFP mahu membuat pindaan undang-undang berkaitan hukuman orang yang didapati menghina institusi monarki sebagai salah satu dasar utamanya.
Terdahulu, usaha pemimpin MFP, Pita Limjaroenrat untuk menjadi Perdana Menteri Thailand sudah berakhir.
Parlimen Dwidewan menolak pencalonan semula Pita pada proses undian kedua bagi jawatan berkenaan hari ini.