Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Nasional (NESDC) Thailand menganggarkan kira-kira 8.4 juta pekerja di negara itu berkemungkinan hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19.
Menurut laporan mengenai unjuran dan situasi sosial Thailand bagi suku pertama 2020, agensi perancangan negara itu berkata sebanyak 2.5 juta pekerja sektor pelancongan, 1.5 juta pekerja perindustrian dan 4.4 juta pekerja dalam sektor perkhidmatan (selain pelancongan) menghadapi risiko kehilangan mata pencarian mereka.
Laporan itu memaklumkan, jumlah individu yang mengganggur di negara itu meningkat kepada 394,520 atau 1.3 peratus pada suku pertama 2020 - menokok 0.92 peratus bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Sementara itu, NESDC berkata seramai enam juta petani turut terjejas terhadap akibat musim kemarau yang berterusan sejak pertengahan 2019.
“Impak pandemik dan kemarau ke atas pengangguran akan dilihat pada suku kedua 2020 dan lebih ketara pada separuh kedua tahun ini,” kata agensi itu dan menurutnya laporan itu adalah berdasarkan andaian bahawa pandemik itu mampu dikawal.
Berikutan situasi COVID-19 di Thailand yang semakin pulih dengan mencatat jumlah kes harian yang rendah, negara itu telah mula melonggarkan langkah sekatannya dengan membuka semula operasi perniagaan dan lokasi-lokasi di negara itu sejak 3 Mei lepas sebagai fasa pertama kelonggaran berkenaan bagi memacu aktiviti-aktiviti ekonomi.
Fasa kedua kelonggaran tersebut bermula pada 17 Mei, manakala fasa ketiga dijangka bermula 1 Jun.
Sementara itu, NESDC berkata dianggarkan 520,000 siswazah akan memasuki pasaran untuk tempoh Mei dan Julai tahun ini dan melahirkan kebimbangan bahawa mereka mungkin tiada peluang pekerjaan.
Majlis itu telah merendahkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020 Thailand dengan pengurangan antara lima dan enam peratus daripada pertumbuhan 1.5 peratus hingga 2.5 peratus yang diunjurkan pada Februari.
KDNK Thailand menguncup 1.8 peratus pada suku pertama 2020 berbanding suku pertama 2019 berikutan pandemik COVID-19 yang menjejaskan sektor pelancongan dan mengurangkan aktiviti-aktiviti perniagaan.
--BERNAMA
Bernama
Fri May 29 2020
KDNK Thailand menguncup 1.8 peratus pada suku pertama 2020 berbanding suku pertama 2019 berikutan COVID-19 yang menjejaskan sektor pelancongan dan mengurangkan aktiviti-aktiviti perniagaan. --fotoBERNAMA/Fail
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.