Thailand isytihar Suthida sebagai Permaisuri
Agensi
Mei 1, 2019 00:28 MYT
Mei 1, 2019 00:28 MYT
Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, memasyhurkan isteri baginda, Suthida Vajiralongkorn Na Ayudhya, sebagai Permaisuri negara itu pada Rabu.
Upacara berkenaan dilakukan dengan penuh tertib dan adat istiadat diraja Thailand di Istana Besar, Bangkok.
Gazet Diraja Thailand memaklumkan Suthida sudah berkahwin secara sah dengan Raja Maha Vajiralongkorn dan kini bergelar Permaisuri Suthida.
Permaisuri Suthida sudahpun sering dilihat bersama-sama Raja Maha Vajiralongkorn sejak tiga tahun lalu.
Bagaimanapun tidak ada banyak maklumat rasmi mengenai baginda.
Laporan terdahulu menyatakan Permaisuri Suthida pernah berkhidmat sebagai krew pesawat Thai Airways, sebelum dilantik sebagai pengawal istana pada 2014.
Baginda kemudian dilantik sebagai komander unit pengawal Raja, dengan pangkat Jeneral.
Permasyhuran Permaisuri Suthida dibuat menjelang pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn sebagai Raja Thailand baharu, menggantikan ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada Oktober 2016.
#2014
#2016
#Bangkok
#diraja
#Permaisuri Suthida
#pesawat
#Raja Maha Vajiralongkorn
#Suthida Vajiralongkorn Na Ayudhya
#Thailand