Thailand ingin Malaysia bantu tangani krisis kumpulan pemisah

Astro Awani
Februari 26, 2013 06:44 MYT
Thailand menyuarakan hasrat meminta bantuan daripada kerajaan Malaysia bagi menangani krisis dengan kumpulan pemisah di selatan negara itu.
Perkara berkenaan disuarakan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaannya Paradorn Pattanathabutr.
Katanya terdapat permintaan supaya Kuala Lumpur menjadi pihak ketiga bagi mengakhiri konflik yang berlaku di kawasan berkenaan.
Perbincangan antara Bangkok dan kumpulan pemisah dilihat menjadi jalan penyelesaian terbaik.
Perkara berkenaan dijadual menjadi intipati pertemuan antara perdana menterinya, Ying Luck Shinawatra ketika mengadakan pertemuan dengan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, di Kuala Lumpur.
Kedua negara dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung rangka kerjasama yang akan dibuat bagi mengakhiri konflik itu.
Sejak 2005, pertumpahan darah di tiga wilayah selatan Thai yang majoritinya terdiri daripada penduduk Melayu dan beragama Islam, telah mengorbankan beribu nyawa.
#Datuk Seri Najib Razak #konflik Selatan Thailand #Ying Luck Shinawatra
;