Thailand berkabung: Perjalanan akhir raja yang dikasihi rakyat jelata
Astro Awani
Oktober 26, 2017 12:54 MYT
Oktober 26, 2017 12:54 MYT
Upacara persemadian Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej dimulakan secara rasmi, hari ini.
Upacara rasmi pembakaran mayat dijadualkan berlangsung lima hari hingga 29 Oktober ini di Grand Palace, Bangkok.
Ia dimulakan dengan perarakan pedati emas yang membawa jasab Bhumipol diiringi dengan ribuan anggota tentera sebelum dipindahkan ke kendi diraja.
Perjalanan membawa jasad mendiang sejauh dua kilometer ke Dewan Takhta Dusit Maha Prasat mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam.
Perarakan turut disaksikan rakyat Thailand yang menunggu di bahu jalan sambil mengenakan pakaian hitam tanda berkabung.
Selama perintahan sepanjang 70 tahun, Raja Bhumibol berjaya membina semula imej pemerintahan monarki selepas perang dunia kedua.