Thailand akan dapat Perdana Menteri muda?

Agensi
Februari 28, 2019 13:49 MYT
Thanathorn sememangnya terkenal dalam kalangan golongan muda dan diyakini akan berjaya menarik minat golongan itu untuk menyokongnya. - Foto INSTAGRAM@thanathorn.ig
PILIHAN RAYA Thailand 24 Mac nanti menyaksikan calon pemimpin muda, Thanathorn Juangroongruankit dari Future Forward Party (FFP) menawarkan diri untuk merebut jawatan nombor satu itu.
Thanathorn sememangnya terkenal dalam kalangan golongan muda dan diyakini akan berjaya menarik minat golongan itu untuk menyokongnya selepas negara gajah putih itu dipimpin junta tentera sejak rampasan kuasa pada 24 Mac 2014.
Meskipun berusia 40 tahun, namun Thanathorn yang juga seorang jutawan meraih momentum sokongan kukuh golongan muda Thailand selepas pihak polis negara itu mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan palsu di laman Facebooknya yang mengkritik kepimpinan junta.
Tindakan polis itu mencetuskan gerakan kempen #SaveThanathorn bagi mendesak pihak berkuasa tidak salah guna kuasa dalam kes tersebut.
Bagaimanapun Majlis Perintah dan Keamanan Kebangsaan (NCPO) berkata melalui Akta Jenayah Komputer Thailand, tindakan Thanathorn adalah salah di sisi undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun.
Pendakwaan dijangka dilakukan 26 Mac, dua hari selepas tarikh mengundi, namun beliau yakin tidak akan didapati bersalah.
Serentak itu, hashtag #SaveThanathorn mula tular untuk mendesak Thanathorn tidak didakwa.

#Futurista #SaveThanathorn 16:30pm.19:30pm pic.twitter.com/qk8ONpvyu0

— || (@GuiTar_PCYeol) February 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

' .#savethanaton #SaveThanathorn pic.twitter.com/pkQs5ItsI4

— \7 ST (@noonsstrn) February 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

We still got hope. # #Savethanathorn # pic.twitter.com/h3zPiDFSJi

— Miss P. (@crazysillyplam) February 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Thai people's choice #Savethanathorn pic.twitter.com/RostpkRfIp

— hiji (@jkrbtomydream) February 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu sesetengah golongan pelobi politik turut memulakan petisyen mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk membatalkan pencalonannya.
Jurucakap FPP, Phannika Wanit bagaimana pun berkata parti itu tidak bimbang dengan ugutan pihak berkepentingan lain termasuk NCPO.
#Junta tentera Thailand #Maha Vajiralongkorn #Pilihan Raya Thailand 2019 #SaveThanathorn #Thai Election #Thai Election 2019 #Thai GE #Thanathorn #Thanathorn Juangroongruanki
;