Thai Airways larang penggunaan bank kuasa di dalam pesawat untuk keselamatan penumpang

Bernama
Mac 7, 2025 21:45 MYT
Thai Airways menyatakan bahawa langkah keselamatan baharu mengenai bank kuasa diperkenalkan bagi meningkatkan keselamatan penumpang. - Gambar X Thai Airways
BANGKOK: Thai Airways International, syarikat penerbangan milik Kerajaan Thailand, mengumumkan larangan penggunaan bank kuasa di dalam pesawatnya, berkuat kuasa mulai 15 Mac.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun X rasminya pada Jumaat, syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa langkah keselamatan baharu mengenai bank kuasa diperkenalkan bagi meningkatkan keselamatan penumpang berikutan insiden kebakaran semasa penerbangan syarikat penerbangan antarabangsa, yang disyaki berpunca daripada penggunaan bank kuasa.
"Berkuat kuasa mulai 15 Mac 2025, penggunaan bank kuasa akan dilarang di dalam pesawat kami. Langkah-langkah ini dilaksanakan untuk memastikan tahap keselamatan yang tertinggi bagi penumpang dan kru.
Kami memohon kerjasama anda untuk mematuhi peraturan ini dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul," kata syarikat penerbangan itu.
Thai Airways dan perkongsiannya mempunyai rangkaian laluan yang meliputi 30 negara di seluruh dunia.

Important Announcement | Thai Airways Following incidents of in-flight fires on international airlines, suspected to be linked to power bank usage, Thai Airways International Public Company Limited has introduced new safety measures. Starting March 15, 2025, the use of power pic.twitter.com/O8YlhjtS8N

— Thai Airways (@ThaiAirways) March 7, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Thai Airways #bank kuasa #akaun X #rangkaian laluan
;