AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan

Astro Awani
November 26, 2024 08:00 MYT
Miller berkata Jabatan Negara tidak percaya mereka telah mencapai perjanjian setakat ini. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan, namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Perkara ini disahkan jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller dalam satu taklimat media pada Isnin.
Empat sumber kanan Lubnan memaklumkan Presiden AS Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara kumpulan bersenjata Hezbollah dan Israel dalam tempoh 36 jam.
Namun begitu, Miller berkata Jabatan Negara tidak percaya mereka telah mencapai perjanjian setakat ini.
"Kami percaya jurang perbezaan telah dikurangkan dengan ketara tetapi masih ada langkah-langkah yang perlu diambil," tambahnya.
AS telah berusaha mencapai perjanjian genjatan senjata antara Hezbollah, yang disokong oleh Iran, dan Israel bagi menghentikan konflik yang tercetus pada Oktober 2023.
Konflik di Lubnan turut meningkat dengan drastik dalam dua bulan terakhir ini.
Sementara itu, tanda kemajuan dalam perbincangan diplomatik itu berlaku serentak dengan serangan udara Israel ke atas kawasan pinggir selatan Beirut yang dikuasai Hezbollah, ketika Israel meneruskan serangan pada September lalu.
#Amerika Syarikat #gencatan senjata #Hizbullah #Matthew Miller
;