Terubat rindu, Malala Yousafzai akhirnya pulang ke Pakistan
Reuters
Mac 29, 2018 10:58 MYT
Mac 29, 2018 10:58 MYT
Pemenang hadiah Nobel dan aktivis pendidikan Malala Yousafzai akhirnya kembali ke negara asalnya Pakistan pada Khamis selepas enam tahun insiden dia ditembak oleh lelaki bersenjata dari puak Taliban hanya kerana memperjuangkan hak kanak-kanak perempuan mendapatkan pendidikan dan ke sekolah.
Sebuah stesen televisyen menunjukkan visual Malala di lapangan terbang antarabangsa Islamabad dan berjalan ke sebuah kereta yang dikawal oleh konvoi keselamatan.
Pada usia 17 tahun, Malala menjadi penerima termuda Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2014 kerana pendiriannya.
Dia kembali ke Pakistan sejak 2012, kejadian dimana dia diserang lelaki bersenjata bertopeng yang menembaknya di kepala ketika pulang dari sekolah.
Malala kini tinggal di Britain dan kini menuntut di Universiti Oxford memuat naik status meluahkan kerinduannya terhadap kampung halamannya miinggu lalu di Twitter.
"Pada hari ini, saya menghargai kenangan indah di rumah, bermain kriket di atas bumbung dan menyanyikan lagu kebangsaan di sekolah. Selamat Hari Pakistan!" menurut tulisannya dia twitter pada 23 Mac.
Selepas terselamat, Malala telah diterbangkan ke luar negara dan menjalani pembedahan.
#2014
#Britain
#Kanak-kanak
#kereta
#keselamatan
#lelaki
#Pakistan
#pendidikan
#rumah
#sekolah
#Taliban
#Twitter