'Tersekat bawah kerongkong' - Bayi 8 bulan tertelan pengetip kuku ketika bermain
Pa and Ma
September 30, 2022 15:36 MYT
September 30, 2022 15:36 MYT
SEORANG bayi lelaki di Nashik, India dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan apabila tercekik pengetip kuku dalam kerongkongnya.
Tertelan ketika sedang bermain
Difahamkan, kejadian berkenaan hanya disedari oleh ibu bapanya selepas mendapati bayi berusia lapan bulan itu tertelan objek terbabit sepanjang dua inci ketika sedang bermain.
Bimbang keadaan anaknya menjadi semakin teruk, kedua-dua ibu bapa bergegas membawa kanak-kanak itu ke hospital.
Hampir halang laluan pernafasan
Hasil imbasan sinar-X itu menunjukkan pengetip kuku tersebut tersekat pada bawah kerongkongnya dan hampir menghalang laluan pernafasan.
Dalam pada itu, Pakar Perubatan, Dr Vasantrao Pawar mengatakan pihaknya berjaya mengeluarkan objek tersebut melalui pembedahan yang mengambil masa selama sejam.
Ujarnya lagi, bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih selepas prosedur pembedahan.
#bayi lelaki tertelan pengetip kuku
#hasil imbasan sinar-X
#Dr Vasantrao Pawar
#bayi bersabung nyawa