Terlalu ghairah 'berselfie', tujuh penumpang mati lemas selepas bot terbalik

Agensi
Mei 17, 2021 15:40 MYT
Tekong bot tersebut hanyalah seorang budak lelaki berusia 13 tahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gara-gara mengabaikan faktor keselamatan kerana terlalu sibuk ‘berselfie’, tujuh orang pelancong mati lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik di sebuah kawasan takungan air di Daerah Boyolali, Indonesia.
Agensi berita NZ Herald melaporkan, tekong bot tersebut hanyalah seorang budak lelaki berusia 13 tahun.
Laporan itu memetik polis tempatan sebagai berkata, kesemua 20 penumpang telah bergerak ke satu sisi bot berkenaan untuk berswafoto di tasik tersebut.
“Punca kemalangan adalah kerana bot itu mempunyai muatan melebihi had yang ditetapkan. Apabila kesemua 20 penumpang itu bergerak ke satu sudut, bot itu hilang imbangan dan terbalik,” menurut Ketua Polis Jawa Tengah, Ahmad Lutfi.
Laporan itu menyebut lanjut, sehingga berita ini ditulis sebelas penumpang berjaya diselamatkan, manakala dua lagi masih hilang.
Ahmad Lutfi berkata, memandangkan tekong terbabit baru berusia 13 tahun, polis juga akan menyiasat sama ada faktor kecuaian merupakan antara faktor kemalangan tersebut.
#bot terbalik #selfie #swafoto #kemalangan #Indonesia #polis #keselamatan #pelancong #bot
;