Akhbar pro-Kremlin, Komsomolskaya Pravda, melemparkan dakwaan tersebut berdasarkan pendapat-pendapat wanita awam di Russia.
Kebanyakan wanita tersebut berpendapat, sangat mustahil Kate baru melahirkan anak ketika muncul buat pertama kali di khalayak bersama William dan puteri mereka.
Mereka juga mendakwa, bayi perempuan yang dibawa keluar dan ditunjukkan kepada orang ramai itu nampak seperti sudah berusia beberapa hari.
KLIK GALERI FOTO: Rakyat Britain kongsi gembira
Kate Middleton
Seorang wanita yang ditemu ramah akhbar berkenaan berkata, jika benar Kate melahirkan bayi tersebut, ia berlaku tiga hari sebelum itu."Lihat sahaja bayi itu, tidak kelihatan seperti bayi yang baru beberapa jam dilahirkan," kata wanita tersebut.
Seorang lagi wanita mendakwa, mustahil untuk seorang wanita kelihatan sebegitu cantik dan berseri hanya selepas beberapa jam melahirkan anak, tidak kira betapa bagus pereka gaya yang menggayakannya. (Baca: Reaksi media sosial)
Satu lagi dakwaan lebih tidak masuk akal mengatakan Kate tidak mengandung, sebaliknya bayi perempuan itu dilahirkan oleh ibu tumpang.
"Jika anda pernah melahirkan anak, cuba imbas kembali keadaan diri anda 5 atau enam jam selepas itu. Jika sekalipun anda melalui proses kelahiran yang mudah, anda pasti akan keletihan dan hanya akan mahu tidur sahaja," kata mereka.