Terkini pencerobohan Israel ke atas Gaza

Kenyataan Media
Mei 20, 2021 02:00 MYT
Letupan dan tembakan yang disasarkan ke arah perumahan mengakibatkan lebih daripada 1,174 unit rumah, perumahan bertingkat serta apartmen musnah secara keseluruhan dan sebahagian yang lain mengalami kerosakan yang sangat teruk. -Gambar fail/AP
GAZA: Berikut ringkasan kemusnahan dan tindakan kejam rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza setakat ini.
• Jumlah mangsa pencerobohan menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Gaza: 231 orang syahid termasuklah 63 kanak-kanak, 36 wanita dan 16 warga emas. Sebanyak 1,530 orang cedera sejak bermulanya pencerobohan di Gaza.
• Israel melakukan serangan lebih daripada 180 kali di seluruh kawasan Gaza dengan menggunakan pelbagai jenis kapal perang dan artileri.
• Pencerobohan ini mengakibatkan kerosakan dan kerugian yang sangat besar dengan anggaran sebanyak AS$243.8 juta.
• Letupan dan tembakan yang disasarkan ke arah perumahan mengakibatkan lebih daripada 1,174 unit rumah, perumahan bertingkat serta apartmen musnah secara keseluruhan dan sebahagian yang lain mengalami kerosakan yang sangat teruk.
• Tembakan bertubi-tubi menyebabkan sekurang-kurangnya 7,073 unit rumah rosak.
• 156 bangunan perumahan dan 33 ibu pejabat media dibom serta dimusnahkan secara keseluruhan.
• Israel menyasarkan 73 ibu pejabat kerajaan dan kemudahan awam termasuklah ibu pejabat polis, bangunan keselamatan serta bangunan perkhidmatan.
• 57 buah sekolah, kemudahan kesihatan, klinik serta kawasan sekitarnya rosak teruk kerana ditembak bertubi-tubi.
• Serangan ke atas ladang ternakan, kawasan pertanian, telaga dan kawasan sistem irigasi mengakibatkan kerugian dengan nilai anggaran sebanyak AS$22 juta.
• Sektor ekonomi dan komersial mengalami kerugian sebanyak AS$27 juta. Mereka mengebom kawasan industri dan menyasarkan beberapa buah kilang.
• Tembakan ke arah jalan raya serta insfrastruktur berkaitan dengan air dan sistem sanitasi mengakibatkan kerugian sebanyak AS$22 juta.
• Anggaran kerugian sektor tenaga mencecah AS$12 juta apabila grid kuasa dan transformer diletupkan.
• Puluhan kereta orang awam musnah dan anggaran kerugian ini adalah sebanyak AS$5.5 juta.
• Komunikasi, rangkaian internet, transformer dan peralatan lain rosak dan nilai kerugiannya dianggarkan sebanyak AS$6.1 juta.
• Lapan buah masjid telahpun dimusnahkan secara keseluruhan, 29 buah masjid lain termasuk sebuah gereja rosak dan kerugian ini dianggarkan sebanyak AS$5 juta.
• Penjajahan Israel diteruskan dengan penutupan kawasan komersial dan perdagangan di Gaza. Mereka juga tidak membenarkan para nelayan turun ke laut.
#Israel #Gaza #Palestin #ringkasan kemusnahan #tindakan kejam #rejim Zionis #Semenanjung Gaza #Kementerian Kesihatan #serangan #warga emas