"Terima kasih atas sokongan" - Donald Trump

Agensi
Oktober 3, 2020 12:43 MYT
Trump memaklumkan keadaannya cukup baik dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau. - REUTERS/Tasos Katopodis
PRESIDEN Donald Trump yang mula menjalani rawatan di Hospital Tentera Walter Reed memuat naik video berkongsi keadaan terkini beliau selepas disahkan positif COVID-19.
Dalam video itu, Trump memaklumkan keadaannya cukup baik dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau dan isteri, Melania.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan yang luar biasa. Saya akan menjalani rawatan di Hospital Walter Reed. Saya rasa saya baik-baik saja. Isteri saya juga dalam keadaan baik.
“Terima kasih, saya amat menghargai sokongan anda,” katanya.

pic.twitter.com/B4H105KVSs

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) October 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Donald Trump, isteri positif COVID-19
#Donald Trump #Twitter #Hospital #koronavirus #COVID-19 #Melania Trump
;