Jika anda pernah menonton sebuah filem mengenai seekor anjing bernama Hachiko, anda mungkin memahami bagaimana haiwan dan manusia boleh mempunyai hubungan yang mengharukan.
Kisah yang sama dapat disaksikan di sebuah pulau di Karachi, Pakistan apabila dua orang nelayan ini berulang-alik menaiki bot untuk memberi makan kepada sekumpulan anjing terbiar seperti yang dilaporkan portal berita CNN Indonesia.
Pulau yang digelar Dingy itu telah menjadi habitat bagi anjing terbiar memandangkan wilayah Karachi mempunyai penduduk majoriti beragama Islam yang tidak menyenangi anjing.
Lebih menyedihkan apabila terdapat banyak kes penderaan anjing dilaporkan sehingga pemerintah Karachi buntu memikirkan jalan penyelesaian untuk menanganinya.
Melihat keadaan itu, kedatangan dua orang nelayan bernama Abdul Aziz dan Mohammad Dada ke pulau itu pasti memberi makna yang besar kepada anjing berkenaan.
Lazimnya, Abdul dan Mohamad akan membawa air bersih dan makanan kepada anjing-anjing di pulau itu memandangkan mereka memiliki sumber makanan yang terhad.
Bercerita mengenai pengalamannya memberi makan kepada anjing di pulau ini, Abdul Aziz dilihat teruja disambut sekumpulan anjing.
“Anjing-anjing ini tidak pernah gagal menyambut kami. Kami merasakan anjing-anjing ini memerlukan penjagaan.
“Manusia bukanlah manusia jika tidak memiliki rasa kasih dan sayang. Anjing-anjing ini turut berasa haus dan lapar seperti manusia,” katanya.
Agensi
Tue Jun 26 2018

Pulau yang digelar Dingy itu telah menjadi habitat bagi anjing terbiar memandangkan wilayah Karachi mempunyai penduduk majoriti beragama Islam yang tidak menyenangi anjing. - Foto CNN Indonesia

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Polis tahan lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing
Polis Daerah Kulai mengesan video tular di media sosial yang dimuat naik pemilik akaun Instagram UPDATEINFO11 memaparkan kejadian khianat itu.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.

Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni
Anjing itu berjalan menghampiri Merkel, yang kelihatan jelas tidak selesa ketika duduk di sebelah Putin.

13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.

Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima laporan
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang lelaki memandu kereta dengan mengikat seekor anjing di belakang kenderaan itu sebelum diseret dalam kejadian di Taman Sentosa pada Jumaat.

Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda
Pengunjung zoo kebingungan selepas haiwan itu mula mempamerkan ciri seekor anjing, termasuk menyalak.

Patah tangan dan kaki angkara anjing
Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu berlaku ketika Mohd Ridzuan Zainudin dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

Nenek meninggal dunia, terjatuh motosikal dikejar anjing
Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Dera haiwan: Masyarakat semakin prihatin, aduan meningkat
Masyarakat kini semakin prihatin mengenai kes penderaan terhadap haiwan yang menyaksikan aduan berhubung kes itu meningkat.