Tergamak pemuda rogol nenek di kebun
Agensi
Disember 4, 2018 06:56 MYT
Disember 4, 2018 06:56 MYT
Seorang warga emas didakwa menjadi mangsa rogol di sebuah perkampungan di Adda, Mathura, Agra.
Menurut polis, ketika kejadian warga emas berusia 65 tahun itu tinggal seorang diri di rumahnya dan keluar ke kebun sebelum didakwa dirogol suspek.
Perkara itu disedari penduduk kampung apabila menemui wanita malang itu tidak sedarkan diri berhampiran kebunnya.
Penduduk kampung kemudian memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa yang tinggal di daerah lain.
BACA JUGA: Budak 14 tahun didakwa rogol dan bunuh nenek
Suspek dipercayai dikenali sebagai Rinka dan merupakan penduduk dari kampung yang sama.
Kebun mangsa dikatakan bersebelahan dengan kebun suspek dan lelaki itu dipercayai melarikan diri.