Tercepat 20 saat, syarikat kereta api Jepun minta maaf 'bagai nak rak'

Agensi
November 17, 2017 10:33 MYT
Tren berkenaan meninggalkan stesen Minami Nagareyama 20 saat lebih awal. -Gambar hiasan
SEBUAH syarikat kereta api di Tokyo, Jepun hari ini membuat permohonan maaf kepada pengguna pengangkutan awam negara itu.
Semuanya gara-gara tren yang sepatutnya meninggalkan stesen Minami Nagareyama pada pukul 9.44 pagi pada saat yang ke 40, tetapi ia meninggalkan stesen tersebut 20 saat lebih awal pada Selasa.
Lapor portal Herald Sun, walaupun tiada pengguna yang membuat sebarang aduan tentang insiden berkenaan, pekerja di syarikat itu diingatkan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.
Ketepatan masa merupakan sesuatu yag amat penting di negara matahari terbit itu.
Ini disebabkan ramai rakyat Jepun terutamanya bagi orang yang bekerja bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu.
#berlepas awal 20 saat #Jepun #permohonan maaf #syarikat kereta api #Tokyo
;