AS tentu sahih maklumat tentera seberang ke Pyongyang
Astro Awani
Julai 20, 2023 08:40 MYT
Julai 20, 2023 08:40 MYT
WASHINGTON: Pentadbiran Joe Biden masih mengumpul maklumat mengenai anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang memasuki Korea Utara secara haram.
Menurut jurucakap White House, Karine Jean Pierre, buat masa ini mereka mengenal pasti anggota berkenan sebagai Prebet Travis T King.
King dilaporkan menyertai pasukan tentera pada tahun 2021 dan ketika ini sedang menjalani tindakan disiplin.
White House percaya King kini ditahan Pyongyang.
"Kami masih memastikan kesahihan semua fakta, semua maklumat yang ada. Kami akan berkongsi maklumat ini sebaik sahaja faktanya disahkan.
"Buat masa ini misi utama kami adalah memastikan kebajikan dan keadaannya, serta kami komited untuk membawanya pulang," katanya.
Sehingga kini media Pyongyang tidak melaporkan sebarang insiden berkenaan.
Tindakan King menyeberang ke sempadan Korea ini berlaku ketika ketegangan di Semenanjung Korea meningkat.