Tentera Zimbabwe rampas kuasa untuk halang 'penjenayah'

Reuters
November 15, 2017 17:12 MYT
Robert Mugabe ketika berucap pada satu perhimpunan di Harare, Zimbabwe, 8 November, 2017. REUTERS
Kumpulan tentera Zimbabwe mendakwa telah berjaya merampas kuasa dalam satu serangan yang disasarkan ke atas 'penjenayah' yang berkhidmat untuk Presiden Robert Mugabe dan telah mengakibatkan kejatuhan ekonomi, namun memberi jaminan presiden berusia 93 tahun itu serta keluarganya selamat.
Kumpulan tentera itu bersama kenderaan berperisai menghalang laluan ke pejabat-pejabat utama kerajaan, parlimen dan mahkamah di Harare, menurut kenyataan saksi Reuters pada Rabu.
Sementara itu, di kawasan-kawasan berhampiran, rakyat Zimbabwe dilihat beratur untuk mengeluarkan wang tunai di bank, dan teksi dilihat membawa orang awam ke tempat kerja.
"Kami hanya menyasarkan penjenayah di sekelilingnya (Mugabe) yang melakukan jenayah yang menyebabkan masalah sosial dan ekonomi dalam negara ini, seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan," kata Ketua Logistik Kakitangan Zimbabwe, Mejar Jeneral SB Moyo, kepada stesen televisyen nasional pada Rabu.
"Selepas misi kami selesai, situasi akan kembali normal."
Untuk berita selanjutnya, layari pautan ini.
#ekonomi #kerajaan #rakyat #Robert Mugabe #serangan #Zimbabwe
;