Tentera wanita Afghanistan berlatih
Agensi
Februari 16, 2013 09:51 MYT
Februari 16, 2013 09:51 MYT
Pasukan tentera Afghanistan kini giat melatih skuad khas wanita bagi mengesan puak pemberontak pada waktu malam.
Latihan itu dibuat sebagai persediaan bagi mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab keselamatan daripada tentera asing pada penghujung 2014.
Tentera wanita ditugaskan bagi menjaga keselamatan wanita dan kanak-kanak disamping mengesan pengebom berani mati wanita yang menyembunyikan bom di bawah pakaian.
Serbuan di waktu malam telah di bantah Presiden Hamid Karzai yang tidak mahu tentera asing memasuki rumah penduduk tempatan.
Ia dianggap menganggu privasi penduduk memandangkan rata-rata hanya wanita dan kanak-kanak yang berada di rumah ketika serbuan dijalankan.
Serbuan kini dijalankan bersama oleh tentera Amerika Syarikat dan Afghanistan.
Setakat ini terdapat lebih seribu anggota wanita yang berkhidmat dalam pasukan tentera Afghanistan.