Tentera Ukraine lempar bendera Rusia

Agensi
Ogos 17, 2024 18:06 MYT
Sebuah video tular memperlihatkan seorang anggota tentera Ukraine melempar bendera Rusia yang tercabut daripada sebuah bangunan di Sudzha pada Jumaat. - Reuters
KURSK: Sebuah video tular memperlihatkan seorang anggota tentera Ukraine melempar bendera Rusia yang tercabut daripada sebuah bangunan di Sudzha pada Jumaat.
Ribuan tentera Ukraine memasuki wilayah Kursk pada 6 Ogos lalu dan menawan puluhan penempatan dalam serangan terbesar oleh tentera asing di bumi Russia sejak Perang Dunia Kedua.
Setakat ini, tentera Rusia gagal mengusir mereka selepas lebih seminggu berlaku konflik sengit.
Ketua tentera Ukraine, Oleksandr Syrskyi berkata pasukan Kyiv mara antara satu hingga tiga kilometer di beberapa kawasan di wilayah Kursk, 11 hari selepas memulakan pencerobohan ke Rusia.
Sementara itu, Rusia menyifatkan pencerobohan itu sebagai provokasi besar dan berikrar untuk membalas dengan tindakan yang setimpal.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Igor Klymenko berkata, Ukraine akan mewujudkan 'zon penampan' di rantau itu untuk menghalang serangan rentas sempadan Russia.
#Ukraine #Rusia #lempar bendera #konflik
;