Tentera Thailand 'mengganas', 12 orang awam ditembak mati

Agensi
Februari 8, 2020 22:54 MYT
Sekurang-kurangnya 12 orang awam ditembak mati apabila seorang tentera Thailand melepaskan tembakan pada Sabtu. - Gambar hiasan
Sekurang-kurangnya 12 orang awam ditembak mati dan ramai lagi yang cedera apabila seorang tentera Thailand melepaskan tembakan di Nakhon Ratchasima, di timur laut Thailand pada Sabtu.
Suspek, Jakraphanth Thomma melakukan serangan berkenaan selepas menyerang pegawainya sebelum bertindak melarikan senjata dan peluru dari kem tentera.
Agensi berita antarabangsa melaporkan, suspek mula lepaskan tembakan di sebuah kuil Buddha sebelum menyerang sebuah pusat beli-belah.
Laporan juga menyatakan ada letupan di luar pusat beli-belah berkenaan selepas sebuah tong gas meletup akibat tembakan terbabit.
Sementara itu portal Bangkok Post melaporkan suspek berusia 32 tahun itu turut menahan tebusan dalam bangunan berkenaan.
Beberapa das bunyi tembakan turut kedengaran.
Motif serangan masih belum diketahuhi.
Polis juga dilaporkan sudah mengenal pasti suspek yang sebelum itu memuat naik status di Facebook: “Kematian tidak dapat dielakkan untuk semua orang.”
#12 orang awam ditembak mati #Nakhon Ratchasima #Tentera Thailand 'mengganas'
;