Tentera terus mempertahankan Syria

Astro Awani
Februari 17, 2013 07:22 MYT
Tentera Syria cuba mempertahankan lapangan terbang antarabangsa Aleppo dan pengkalan tentera nairab dari dikuasai kumpulan penentang.
Pertempuran terbuka juga dilapor berlaku di kawasan komersil di bandar berkenaan.
Kumpulan penentang mendakwa tentera kerajaan dibantu kumpulan luar termasuk dari armenia bagi mengekang kemaraan mereka.
Ia dibuat tentera pembebasan Syria FSA yang menyifatkan pertempuran yang berlaku sebagai perang jihad bagi mengakhiri penguasaan kelompok Syiah Alawiyah yang menguasai kepimpinan negara berkenaan.
Sedangkan sebahagian besar kumpulan penentang membabitkan pengikut mazhab sunnah.
Pertempuran dikatakan berlaku saban hari di bandar pelabuhan berkenaan, dan pejuang anti kerajaan memberi amaran ia bukan setakat menumbang kepimpinan negara itu, malah ia menjadi perang jihad besar yang mencakupi Mali, Algeria dan Israel.
Mereka juga bertekad tidak akan berdiam diri sekiranya negara barat campurtangan dalam kemelut yang berlaku.
Selepas hampir 2 tahun konflik berdarah menjatuhkan kepimpinan presiden Bashar Al Asaf, lebih 70 ribu penduduk syria dilaporkan terkorban manakala berjuta lagi bertebaran untuk mencari perlindungan di negara jiran.
#Aleppo #FSA #penentang #Syria
;