Tentera Revolusi Iran cuba rampas kapal tangki yang ditahan Britain - Tentera AS

Agensi
Julai 11, 2019 11:42 MYT
Arahan tentera Iran agar kapal itu memasuki perairan negara itu gagal selepas kapal perang Britain terbabit memberikan amaran kepada kumpulan itu. - Gambar fail/Reuters
Pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) berkata lima bot milik Tentera Revolusi Iran cuba merampas kembali kapal tangki yang ditahan tentera Britain di perairan Teluk pada Rabu.
Namun arahan tentera Iran agar kapal itu memasuki perairan negara itu gagal selepas kapal perang Britain terbabit memberikan amaran kepada kumpulan itu.
Bagaimanapun sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari Kementerian Pertahanan Britain mengesahkan kejadian itu, lapor Reuters.
Kejadian berlaku selang seminggu selepas Tentera Marin Diraja Britain menaiki kapal Grace 1, milik Iran di luar perairan Gibraltar.
Kapal itu kemudiannya ditahan kerana disyaki melanggar sekatan minyak ke Syria.
Semalam Presiden Iran, Hassan Rouhani mengeluarkan amaran keras kepada Britain dan mengancam negara itu akan berhadapan tindakan sekiranya terus menahan kapal itu.
#Amerika Syarikat #AS #Britain #Iran #rampas kapal Iran #sekatan minyak #Syria #tentera #tentera Britain #Tentera Revolusi Iran
;