Tentera Perancis perhebat operasi halau pelampau
Astro Awani
Januari 16, 2013 06:17 MYT
Januari 16, 2013 06:17 MYT
Tentera Perancis memulakan operasi menyeluruh darat dan udara dalam usaha membebaskan utara Mali daripada penguasaan kumpulan pelampau.
Kementerian Pertahanan Perancis turut meletakkan sasaran tempoh maksimum 72 jam untuk menjayakan operasi serangan darat.
Kawasan yang disasar ialah Diabaly, 400 kilometer timur laut Bamako.
Operasi besar-besaran ini dilancarkan selepas serangan udara lima hari gagal mengekang kemaraan kumpulan pelampau.
Susulan itu juga Perancis turut mengumumkan penambahan anggota tentera yang dikerah ke Mali dari 800 kepada 2500 anggota.