Tentera Perancis masuk utara Mali

Astro Awani
Januari 20, 2013 07:30 MYT
Pasukan tentera Perancis melanjutkan pengerahan anggota mereka di utara Mali pada Ahad, kali ini memasuki ke bandar Niono dan Mopti.
Perkara itu disahkan oleh seorang jurucakap tentera Perancis, Kolonel Thierry Burkhard.
Kehadiran tentera Perancis di dua bandar berkenaan menyusul selepas kejayaan kerajaan Mali menguasai semula bandar Diabaly lewat Sabtu.
Kejatuhan Diabaly kepada tentera kerajaan Mali dan Perancis merupakan kejayaan penting buat usaha Perancis dalam mengusir keluar kumpulan pelampau dari utara dan tengah Mali.
Kumpulan pelampau sebelum ini menguasai Diabaly selama beberapa hari sebagai sebahagian daripada kempen mereka untuk menguasai pusat pemerintahan kerajaan di Bamako.
Perancis yang menghantar seramai dua ribu tenteranya ke Mali, mahu pasukan angkatan tentera dari benua Afrika untuk menerajui operasi ketenteraan selepas ini.
Ketidakstabilan politik di Mali bermula seawal Mac tahun lalu selepas berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera.
#Diabaly #Mali #Mopti #Niono #Perancis #Thierry Burkhard
;